Latihan bab 2 ting. 3

BAB 2:   MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


Sebaik sahaja Jepun meninggalkan Tanah Melayu, suatu kekosongan politik telah berlaku selama 14 hari
  1. Berdasarkan  maklumat di atas, pihak yang mengambil

peluang mengisi tempoh tersebut adalah

A     Anggota PETA

B     Gerila Kinabalu

C     Pasukan Force 136

D     Tentera Bintang Tiga

2. MPAJA telah menjalankan undang-undang sendiri    semasa menguasai Tanah Melayu. Apakah tindakan yang dikenakan terhadap penduduk ketika itu ?

l        Membayar cukai kepala

ll        Mengenakan cukai harta

lll       Menjelaskan cukai pertanian

lV      Membunuh sesiapa yang dianggap bekerjasama dengan Jepun

A      I, II dan lll

B      l, ll dan lV

C      l, lll dan lV

D      ll, lll dan lV

Kekalahan Jepun 1945
Parti Komunis Malaya berkuasa selama 14 hari
Pentadbiran Tentera British (PTB) diperkenalkan

3. Rajah di atas menunjukkan urutan pentadbiran di Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun. Mengapakah PTB diperkenalkan oleh British ?

A      Memulihkan huru-hara

B      Memberi kemerdekaan

C      menentang kuasa baru

D      Membina kubu pertahanan

4.  PTB ditubuhkan adalah bertujuan untuk

A     mengukuhkan pertahanan British

B     melaksanakan pentadbiran peralihan

C     mengawal kuasa politik orang Melayu

D     membentuk satu bangsa Malayan Union

5          Antara berikut merupakan kejayaan Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu ?

l       Menghapuskan penguasaan PKM

ll        Mengawal pergaduhan antara kaum

lll       Menjalin kerjasama dengan PKM dan MPAJA

lV      Mewujudkan keamanan dan menegakkan undang-undang

A      l, ll dan lll

B      l, ll dan lV

C      l, lll dan lV

D      ll, lll dan lV

Malayan Union diisytiharkan  pada 1 April 1946

6           Apakah tujuan British berbuat demikian ?

l       Mengukuhkan pertahanan

ll       Menambah kuasa politik orang Melayu

lll      Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran

lV     Memastikan sumbangan golongan imigran

A     l, ll dan lll

B     l, ll dan lV

C     l, lll dan lV

D     ll, lll dan lV

7       Apakah yang anda faham tentang status Tanah Jajahan Mahkota ?

A     Mesti membayar cukai

B     Diperintah secara langsung

C     Raja-raja Melayu masih menjadi ketua negeri

D     Negeri Melaka dan Kedah terletak di bawah parlimen British

8        Bagaimanakah perlembagaan Malayan Union mentafsir taraf kewarganegaraan penduduk di Tanah Melayu ?

A     Melalui prinsip jus soli

B     Persetujuan Ratu England

C     Berasaskan majlis raja-raja

D     Budi bicara Pesuruhjaya Tinggi British

  • Angkatan Pemuda Insaf (API)
  • Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
  • Barisan Tani Malaya (BATAS)

9        Pertubuhan di atas menyokong pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu kerana

l       menjimatkan perbelanjaan British

ll       menyatukan pentadbiran agama Islam

lll      menyokong sistem kerakyatan terbuka

lV     mempercayai British akan memberi kemerdekaan

A     l, ll dan lll

B     l, ll dan lV

C     l, lll dan lV

D     ll, lll dan lV

Malayan Democratic Union (MDU)
Cadangan  X

10      Apakah cadangan yang dikemukakan oleh MDU terhadap Malayan Union ?

A     Menghapuskan prinsip jus soli

B     Singapura dimasukkan ke dalam Malayan Union

C     Mempastikan raja-raja Melayu diberikan kuasa mutlak

D     Mengasingkan Singapura daripada Tanah Jajahan Mahkota

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: