PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

SULIT

21/1

Sejarah

1 ¼ jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN  TOK JANGGUT

PASIR PUTEH KELANTAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

2010

Satu jam lima belas minit

________________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh  empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.

Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan jawapan anda pada

kertas objektif yang disediakan.

4 .Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu

jawapan, padamkan sehingga bersih dan tandakan jawapan yang baru.

[ Lihat sebelah

SULIT

SOALAN PERTENGAHAN TAHUN

Tingkatan 1

  • Fosil
  • Artifak
  • Manuskrip lama

Senarai di atas merujuk kepada sumber kajian sejarah.

1 Antara berikut yang manakah berkaitan sumber sejarah tersebut?
A Sumber primer               ms9
B Sumber bertulis
C Sumber sekunder
D Sumber arkeologi
Zaman Logam
Zaman Neolitik
Zaman Paleolitik

Rajah di atas menunjukkan zaman pra sejarah di negara kita.

2. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan aktiviti ekonomi masyarakat pada zaman logam?
I

II

III

IV

Menangkap ikan

Menternak binatang

Menghasilkan gendang

Menggunakan sistem sukat

A I dan II                               ms26
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Maklumat di atas berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara.

3. Apakah X?
A Champa
B Chih Tu
C Funan                   ms33
D Kedah Tua
Parameswara menjalinkan hubungan  diplomatik dengan Siam

Maklumat di atas merujuk kepada usaha yang dilakukan oleh Parameswara untuk memajukan Melaka.

4. Apakah kesan tindakan tersebut?
A Melaka menjajah Temasik
B Siam melindungi Melaka daripada ancaman luar
C Mengelakkan Melaka daripada ancaman Siam           ms51
D Parameswara mendapat pengiktirafan kerajaan Siam

Gambar di atas merujuk kepada orang laut yang mempunyai peranan penting dalam masyarakat Melaka.

5. Apakah peranan  utama mereka di Melaka?
A Menjadi orang tengah dalam perdagangan
B Menjaga keselamatan di perairan                      ms52
C Menjadi anggota angkatan laut
D Mentadbir daerah dan jajahan
6. Apakah keistimewaan bentuk muka bumi yang dinyatakan di atas kepada Melaka?
I

II

III

IV

Mengeluarkan banyak hasil hutan

Menjadi tempat rekreasi semula jadi

Menjadi panduan kapal untuk menuju ke Melaka.

Memerhati dan mengawal keselamatan Melaka

A I dan II
B II dan III
C III dan IV                        ms48
D I dan IV
7. Bagaimanakah kerajaan Melaka meluaskan kuasanya pada kurun ke-15?
I

II

III

IV

Melalui perjanjian

Serangan ke atas wilayah jiran

Kerelaan negeri-negeri yang terlibat

Campur tangan dalam perbalahan politik

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV                ms82
Sultan Melaka melantik pembesar-pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai
8. Kawasan pembesar memungut cukai tersebut dikenali sebagai
A pegangan
B pemakanan                              ms60
C pemungut hasil
D pentadbiran
Kelemahan askar Melaka

Rajah di atas merupakan faktor-faktor kemerosotanMelaka.

9. Apakah X?
A Kematian Bendahara Tun Mutahir
B Kemangkatan Sultan Mahmud Shah
C Kelemahan kepemimpinan                        ms91
D Kekacauan di kalangan rakyat jelata
Pahang

Rajah di atas menunjukkan gabungan tentera untuk menyerang Portugis di Melaka.

10. Mengapakah serangan itu masih menemui kegagalan?
I

II

III

IV

Bantuan Acheh kepada Portugis

Kekebalan Kota A Famosa

Persenjataan Portugis lebih moden

Perpecahan di kalangan tentera gabungan Johor

A I dan II
B II dan III                         ms104
C III dan IV
D I dan IV

Rajah di atas merujuk kepada perubahan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

11. Apakah kesan perubahan tersebut kepada Melaka?
A Peningkatan kadar cukai
B Pentadbiran menjadi lemah               ms91
C Pemberontakan dalam negeri
D Pembebasan kawasan jajahan takluk

Sumber di atas menerangkan Sejarah awal negeri Perak.

12. Antara sumber berikut yang manakah menerangkan pernyataan di atas?
I

II

III

IV

Catatan Cina

Salasilah Perak

Sejarah Melayu

Hikayat Merong Mahawangsa

A I dan II
B II dan III                                 ms125
C III dan IV
D I dan IV
  • sepelaung
  • sepekan
  • setanak nasi
13. Maysrakat Melayu tradisional menggunakan ukuran di atas untuk
A Mengukur jarak                              ms157
B Mengukur berat
C Mengukur isipadu
D Mengukur keluasan tanah
Suku Kaum Tempat kediaman
Iban, Kayan dan Kenyah Rumah panjang

Jadual di atas berkaitan petempatan suku kaum bumiputera di Sarawak.

14. Apakah kepentingan rumah panjang kepada suku kaum tersebut?
A Sumber warisan adat istiadat
B Lambang perpaduan suku kaum
C Satu unit perkampungan                           ms197
D Tempat meraikan upacara keagamaan
15. Maklumat di atas merujuk kepada kepercayaan kumpulan etnik
A Murut                            ms197
B Penan
C Bisaya
D Kenyah

Tingkatan 2

Peta di atas menunjukkan ancaman terhadap Kedah.

16. Bagaimanakah Kedah menghadapi ancaman tersebut?
A Menghantar utusan ke China
B Mengambil askar upahan
C Mengukuhkan kubu pertahanan
D Meminta bantuan British              ms6
Penjanjian Inggeris – Belanda 1824

Perjanjian di atas telah ditandatangani antara kuasa British dengan Belanda.

17. Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?
A Perang Napoleon tamat
B Kerajaan British berpecah
C Perancis menguasai Belanda
D British menduduki jajahan Belanda di Timur        ms20
Tahun Peristiwa
1819 Pembukaan Singapura
1824 Perjanjian Inggeris Belanda
1826 Penubuhan negeri-negeri Selat
18. Mengapakah British mengambil tindakan di atas?
A Menguasai pasaran di Timur
B Mengawal pengaruh Belanda
C Menguasai perdagangan rempah
D Menguasai negeri-negeri Melayu            ms20
Andrew Clarke: Saya percaya Perjanjian Pangkor 1874 boleh

menyelesaikan masalah takhta di Perak

Raja Abdullah :  Saya dapati syarat itu banyak merugikan beta dan

permaisuri

Dialog di atas mungkin diucapkan oleh Gabenor Andrew Clarke  dan Raja Abdullah.

19. Apakah kerugian yang dimaksudkan oleh baginda?
I

II

III

IV

Pengukuhan kuasa Sultan

Kekurangan kuasa pentadbiran

Kehilangan hak memungut cukai

Perlucutan jawatan pembesar

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Tahun Kawasan Residen
1874 Perak

Selangor

Sungai Ujong

J.W.W Birch

J.G Davidson

PJ. Murray

1888 Pahang J.P Rodger

Jadual di atas menunjukkan penempatan Residen di negeri-negeri Melayu.

20. Mengapakah Pahang merupakan negeri yang terakhir menerima Residen British?
A Kemasukan pelabur Eropah               ms42
B Penubuhan majlis Penasihat
C Pelaksanaan pentadbiran Barat
D Kelemahan perlembagaan negeri
  • Dato’ Bandar Syed Abdul Rahman
  • Dato Bandar Kulop Tunggal

Maklumat di atas adalah berkenaan dua orang pembesar di Sungai Ujong

21. Mengapakah timbul konflik antara kedua-dua pembesar tersebut?
I

II

III

IV

Perebutan Sg.Linggi

Pengenalan peraturan Barat

Pengenalan cukai yang tinggi

Pengiktirafan kuasa pentadbir

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV                    ms40

Bendera di atas merujuk kepada bendera Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang  dikibarkan pada pada tahun 1896.

22. Apakah iktibar driapda kibaran bendera tersebut?
A Berani menentang penjajah
B Bersatu membawa kebebasan
C Bekerjasama memajukan Negara
D Berwaspada kepada kuasa asing                 ms49

Peta di atas merujuk kepada perjanjian 1909 yang ditandatangani oleh pihak British dengan Siam.

23. Apakah faktor yang mendorong British menandatangani perjanjian tersebut?
A Permintaan daripada Raja Siam
B Kekayaan hasil bumi di negeri tersebut
C Kebimbangan terhadap campur tangan kuasa lain               ms57
D Perebutan kuasa antara pembesar tempatan

Dokumen di atas merujuk kepada Surat Sungai

24. Surat Sungai membolehkan Kangcu
I
II

III

IV

Mengutip cukai

Mengetuai kangkar

Menjatuhi hukuman

Menubuhkan kongsi gelap

A I dan II                                  ms64
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Rajah di atas menerangkan sumbangan tokoh yang telah berjasa kepada negeri Johor?

25. Apakah X?
A Memartabatkan Bahasa Melayu                 ms67
B Menyekat kemaraan kuasa British
C Melukis peta pembangunan negeri
D Mewajibkan pendidikan semua rakyat
Negeri Peristiwa
Sarawak Pangeran Indera Mahkota

Jadual di atas merujuk kepada penempatan wakil pemerintahan  Brunei di Sarawak.

26. Menagapakah penduduk tempatan menentang pentadbiran tersebut?
A Pelaksanaan cukai yang tinggi             ms77
B Penggubalan peraturan tanah baru
C Pembesar tempatan hilang kuasa
D Penduduk hilang sumber
Perlembagaan Sarawak diisytiharkan pada 24 September 1941

Perlembagaan di atas diisytiharkan oleh Charles Vyner Brooke.

27. Apakah tujuan perlembagaan tersebut dilaksanakan?
A Memberi latihan kepimpinan
B Menggalakkan perpaduan kaum
C Menggelakkan kebangkitan rakyat
D Menyediakan pemerintahan sendiri             ms78
Syarikat Overbeck dan Dent
28. Apakah kesan perjanjian tersebut?
A Penyerapan pentadbiran Sabah
B Perlindungan kedaulatan Sabah
C Pengukuhan kuasa British di Sabah         ms86
D Penghapusan kuasa politik tempatan di Sabah
  • Ketua Kampung
  • Ketua Anak negeri

Maklumat di atas merujuk kepada pemimpin tempatan di Sabah.

29. Mengapakah pemimpin tempatan diserap dalam pentadbiran SBUB?
I

II

III

IV

Memberi latihan pentadbiran

Memahami budaya tempatan

Menghadapi masalah kewangan

Melicinkan kutipan cukai

A I dan II
B II dan III                   ms107
C III dan IV
D I dan IV

Graf di atas adalah menunjukkan kedudukan harga getah antara tahun 1929 hingga tahun 1933.

30. Mengapakah berlaku kejatuhan harga getah?
A Penciptaan getah tiruan
B Kekurangan buruh
C Pekebun kekurangan modal
D Kemelesetan ekonomi dunia             ms133
Kaum Sistem
Buruh Cina Sistem Kontrak
Buruh India Sistem Kangani

Jadual di atas merujuk kepada system kemasukan imigran ke Tanah Melayu pada abad ke-20.

31. Apakah persamaan sistem di atas?
A Memperoleh kemahiran
B Terikat dengan majikan           ms143
C Bebas memilih pekerjaan
D Datang bersama anggota keluarga

Peta tersebut menunjukkan perkembangan landasan kereta api di Tanah Melayu.

32. Perkembangan tersebut dikaitkan dengan
A penanaman getah
B pertubuhan bandar
C perlombongan bijih timah
D pengurangan pentadbiran

Rajah di atas menunjukkan sebab penentangan terhadap SBUB di Sabah.

33. Apakah X?
A Penentangan Rentap
B Penentangan Antanom
C Penentangan Mat Salleh
D Penentangan Sharif Masahor
Tahun Negeri
1915 Kelantan
1928 Terengganu

Jadual di atas menunjukkan negeri yang terlibat menentang British.

34. Penentangan tersebut ada kaitan dengan
A amalan buruh paksa
B kehilangan kuasa sultan
C larangan membawa senjata
D perubahan pentadbiran tanah
  • Abdul Rahim Kajai
  • Harun Aminurrashid

Maklumat di atas merujuk kepada nasionalis di Tanah Melayu.

35. Apakah peranan tokoh tersebut?
A Mengasaskan fahaman radikal
B Memimpin penentangan bersenjata
C Membangkitkan kesedaran kebangsaan
D Mencetuskan idea gerakan pemulihan agama
36. Apakah saranan Al-Imam untuk menjayakan petikan di atas?
I

II

III

IV

Mengekalkan adat tradisional

Menekankan kepentingan ilmu pengetahuan

Menekankan pendidikan kepada kepada kaum wanita

Menyeru orang Melayu memahami agama Islam

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Tingkatan 3 (dah edit, tolong semak semula)

Bab 1: Pendudukan Jepun di Negara kita

Pada tahun 1943, Jepun menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Siam.
37. Apakah sebab utama Jepun bertindak demikian?
A Siam  membenarkan Jepun mendarat                                    ms16
B Siam berdekatan dengan negeri-negeri tersebut
C Siam membekalkan makanan kepada tentera Jepun
D Siam membantu melatih tentera Jepun dalam perang gerila
  • kekurangan kawasan pertanian
  • ketiadaan bahan mentah

Maklumat di atas merujuk kepda masalah yang dihadapi Jepun untuk membangunkan negaranya.

38. Apakah cara pemimpin Jepun mengatasi masalah di atas?
A Melaksanakan dasar perluasan kuasa                                      ms4
B Mengimport bahan mentah dari negara jiran
C Meminta bantuan daripada Amerika Syarikat
D Menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara Asia
Jepun telah membentuk sebuah pertubuhan ketenteraan yang dikenali sebagai Pembela Tanah Air (PETA).
39. Apakah tujuan penubuhan PETA?
A Melatih sukarelawan menentang British                                        ms30
B Membantu penduduk memajukan kegiatan pertanian
C Menyeru orang Melayu bergiat aktif dalam bidang politik
D Mendesak penduduk tempatan memulau barangan Barat

Gambar di atas merujuk kepada Kad catuan yang dikeluarkan kepada penduduk di Tanah Melayu.

40. Apakah tujuan Jepun melaksanakan tindakan di atas?
A Menstabilkan ekonomi Tanah Melayu
B Mengatasi masalah sekatan ekonomi
C Mengatasi kekurangan bekalan makanan                                     ms34
D Menggalakkan penduduk berjimat cermat

Gambar di atas menunjukkan kemusnahan Jambatan  Guillemard di Kuala Krai akibat pelaksanaan taktik bumi hangus oleh pihak British.

41. Mengapakah British bertindak demikian?
I

II

III

IV

Melumpuhkan ekonomi

Menguasai bahan mentah

Menggagalkan cita-cita Jepun

Melengahkan-lengahkan kemaraan tentera Jepun

A I dan II
B I dan III
C I dan IV                                                                       ms10
D II dan IV

Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu

Karikatur di atas menunjukkan keganasan anggota Parti Komunis Malaya.

42. Mengapakah PKM berbuat demikian?
A Mengisi kekosongan politik
B Menguasai Tanah Melayu                                        ms46
C Mengeksplotasi bahan mentah
D Memulihkan ekonomi
43. Apakah tujuan penubuhan Malayan Union?
I

II

III

IV

Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap

Mengawal kuasa politik orang melayu

Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri

Memelihara hak istimewa orang Melayu

A I, II dan III        ms45
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Tamadun orang melayu terhakis
Penentangan
Malayan Union X
Kerakyatan terlalu liberal

Rajah di atas merujuk kepada faktor penentangan Malayan Union

44. X adalah
A pemberian kerakyatan yang menyusahkan
B Singapura tidak dimasukkan dalam Malayan Union
C Negeri Melayu disatukan dalam satu unit pentadbiran
D pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British                    ms52
45. Mengapakah British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu?
I

II
III

IV

Menghalang orang Melayu menyokong Parti Komunis Malaya

Bimbang orang Melayu menjadi ekstrem

Memenuhi dasar dekolonisasi British

Desakan pemimpin bukan Melayu

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV                     ms75

Gambar menunjukkan Majlis menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 di King’s House, Kuala Lumpur

46. Apakah kesan perjanjian tersebut?
A Perpaduan kaum dapat dibentuk
B Tanah Melayu mendapat kemerdekaan
C Status quo orang Melayu dipelihara
D Konsep raja berpelmbagaan diperkenalkan                              ms77
  • Jus soli terbuka kepada rakyat raja dan rakyat British
  • Pemohon lahir diluar negeri tetapi bapanya adalah rakyat raja dan rakyat Britsh

Pernyataan di atas merujuk kepada kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.

47. Bagaimanakah syarat kerakyatan tersebut di peroleh?
A Secara permohonan
B Naturalisasi
C Kuat kuasa undang-undang                    ms78
D Dekolonisasi
Tarikh Tempat Peristiwa
30-31 Mac 1946 Kuala Lumpur Kongres kedua

Jadual di atas menerangkan tentang kesepaduan orang Melayu menentang Malayan Union .

48. Apakah keputusan yang dicapai oleh kongres tersebut?
I
II

III

IV

Mengehadkan kuasa Mac Michael

merampas kuasa daripada pihak British

memulau istiadat perasmian Malayan Union

melilitkan kain putih pada songkok tanda berkabung

A I dan II
B II dan III
C III dan IV           ms61
D I dan IV

Bab 3: Ancaman Pengganas Komunis dan Pengisytiharan Darurat 1948

49. Apakah tindakan Sir Gerald Templer dalam memastikan kejayaan rancangan Perang Saraf yang dilancarkan pada tahun 1952?
I
II

III

IV

Mengadakan kempen bulan penduduk menentang komunis

Memperkenalkan konsep kawasan putih dan kawasan hitam

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

Memperbesar pasukan keselamatan

A I, II dan III                ms 99-100
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
  • Menyediakan makanan
  • Membekalkan ubat-ubatan
  • Mendapatkan maklumat
50. Pernyataan di atas menunjukkan peranan pertubuhan X kepada PKM.

Apakah X?

A Min Yuen                                     ms94
B Kempetai
C Koa Kunrenjo
D Sekolah latihan 101
Langkah membenteras ancaman komunis Strategi
Memperbesar pasukan keselamatan
  • menyusun dan memperbesar pasukan polis
  • membawa masuk askar dari negara Komanwel
  • X

Jadual di atas menunjukkan langkah yang telah dijalankan oleh British untuk membanteras komunis.

51. X adalah
A Membentuk Pasukan Wataniah
B Menubuhkan Pasukan Home Guard                                ms93
C Melancarkan Rancangan Bringgs
D Melancarkan Perang Saraf
Menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan komunis
Membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman
X
Memindahkan penduduk ke petempatan baru
Memagar kawasan kampung yang disyaki membantu komunis
52. Tindakan-tindakan di atas dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha membanteras ancaman komunis.

X ialah

A Undang-undang tentera
B Undang-undang darurat
C Rancangan Bringgs                                      ms94-97
D Rancangan Templer

Gambar di atas menunjukkan wakil kerajaan Persekutauan Tanah Melayu dan wakil PKM dalam rundingan Baling pada tahun 1955

53. Mengapakah rundingan tersebut tidak berhasil?
I

II

III

IV

Anggota PKM tidak menghadirkan diri

Kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan PKM

Fahaman komunis tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu

PKM enggan menerima tawaran tawaran kerajaan supaya menyerah diri

A I dan II
B II dan III                                         ms107
C III dan IV
D I dan IV

Dokumen di atas menunjukkan petikan undang-undang darurat yang diisytiharkan pada tahun 1948 oleh British di Tanah Melayu.

54. Apakah kesan dari pengisytiharan tersebut ke atas Tanah Melayu?
I

II

III

IV

Mempercepat langkah ke arah berkerajaan sendiri

Perbelanjaan meningkat

Menarik minat orang Cina dalam politik

Membendung gerakan kebangsaan berhaluan kanan

A I, II dan III                                                         ms108-109
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Bab 4 : Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

Mengeratkan hubungan antara penduduk berbilang bansa
X
Mewujudkan kerjasama  antara kaum
55. Rajah di atas menunjukkan tentang sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1949.

X ialah

I
A Jabatan Perpaduan Rakyat
B Jawatankuasa Antara Kerajaan
C Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
D Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
Laporan Fenn-Wu 1951

Maklumat di atas merujuk kepada laporan pelajaran yanga diperkenalkan oleh kerajaan British pada tahun 1951.

56. Apakah syor yang diberikan penekanan dalam laporan tersebut?
A Pengenalan latihan perguruan
B Pengenalan sistem peperiksaan
C Penyeragaman sukatan pelajaran
D Pengekalan pendidikan vernakular Cina
X
  • Pendidikan sekolah rendah adalah wajib
  • Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
  • Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
57. Maklumat di atas berkaitan dengan salah satu laporan pelajara di Tanah Melayu pada tahun 1950-an.

Apakah X?

A Laporan Razak 1956
B Laporan Barnes 1951
C Laporan Fenn-Wu 1952
D Ordinan Pelajaran 1952
Sistem Persekolahan Lama

Rajah di atas menunjukkan perubahan sistem persekolahan di Tanah Melayu.

58. Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
A Mewujudkan perpaduan        ms129
B Meningkatkan taraf hidup
C Menjimatkan perbelanjaan
D Melahirkan golongan pentadbir
Laporan Razak 1956
59. Apakah matlamat penubuhan laporan Razak 1956?
A Mengkaji sistem pendidikan laporan tersebut
B Mewajibkan pelajaran peringkat menengah
C Membaiki sistem pendidikan sekolah Melayu
D Melahirkan sistem pendidikan kebangsaan                 ms129
60. Parti Perikatan telah berjaya memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955.
Apakah faktor kejayaan tersebut?
I

II

III

IV

Kerjasama erat antara kaum

Kesanggupan untuk berkongsi kuasa

Parti Perikatan telah berkempen bersungguh-sungguh

Semangat berkobar-kobar untuk mencapai kemerdekaan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: