Soalan Peperiksaan PMR Bab 3 ting. 3

Soalan Peperiksaan PMR sebenar tajuk Parti Komunis Malaya

PMR 1993

37 Pak Mat tinggal di sebuah kampung di pinggir hutan. Beliau kerap didatangi komunis untuk memujuknya supaya menjadi ahli Parti Komunis Malaya. Pak Mat sukar menerima pujukan itu kerana
A Ideologi komunis bertentangan dengan ajaran Islam
PMR B Komunis menggunakan kekerasan untuk berkuasa
1993 C Beliau keberatan melibatkan diri dalam politik
D Inggeris memberi perlindungan kepada orang Melayu
Pemimpin Jawatan
Q Pemimpin Parti Komunis Malaya
R Pemerintah tentera Inggeris di Tanah Melayu
38 Q dan R merupakan musuh sebelum tahun 1940. Antara tahun 1941 hingga 1945, Q dan R bekerjasama menentang Jepun. Apakah yang memungkin kerjasama antara Q dan R?
A Mereka telah dikepung oleh tentera Jepun
PMR B Mereka sedang menghadapi musuh yang sama
1993 C Mereka membalas dendam terhadap Jepun
D Mereka berjanji akan berkongsi kuasa selepas kekalahan Jepun
….tawaran pengampunan beramai-ramai kepada komunis ini adalah daripada fikiran pihak perikatan dan mengemukakan kepada kerajaan Inggeris apabila perikatan menang dalam pilihanraya bulan Julai, 1955.”

Tunku Abdul Rahman

57 Berdasarkan petikan di atas tujuan kerajaan Perikatan mencadangkan pengampunan itu adalah untuk
I Mempercepatkan kemerdekaan
II Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
III Membentuk sebuah Negara yang aman dan makmur
PMR IV Menggalakkan ahli komunis menyertai Parti Perikatan
1993 A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

PMR 1994

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Malaya yang berlangsung di Pahang pada bulan September 1951, telah memutuskan bahawa taktik keganasan dan gangguan

ekonominya tidak mendatangkan sokongan…

Tan Ding Eing

38 Lanjutan daripada keputusan mesyuarat itu, PKM telah bertindak
A Menubuhkan Min Yuen
PMR B Membunuh Henry Gurney
1994 C Membakar kampung-kampung baru
D Memusnakhan system pengangkutan awam
  • Bulan penduduk Tanah Melayu menentang Komunis.
  • Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat
39 Senarai di atas ialah antara usaha yang telah dijalankan oleh pihak Inggeris untuk mengurangkan ancaman komunis.

Tujuan sampingan yang dapat disemai melalui usaha tersebut ialah

A Memupuk perpaduan kaum
PMR B Menubuhkan parti politik bercorak tempatan
1994 C Menempatkan semula penduduk mengikut kaum
D Menggalakkan kebebasan bersuara kepada rakyat

PMR 1995

36 Jika negara diancam oleh anasir komunis seperti yang berlaku semasa darurat, apakah cara yang paling berkesan untuk menentang ancaman tersebut?
A Memutuskan hubungan diplomatic dengan Negara komunis
PMR B Menyusun semula petempatan penduduk
1995 C Membendung dakyah komunis di kalangan rakyat
D Memberikan pelbagai kemudahan kepada rakyat
Tahun Belanjawan Pertahanan dan Keselamatan
1948 $ 82 juta
1953 $ 296 juta
37 Berdasarkan jadual di atas, apakah faktor utama yang menyebabkan belanjawan pertahanan dan keselamatan di Tanah Melayu meningkat?
A Peningkatan sistem perhubungan
PMR B Penghapusan kegiatan komunis
1995 C Pembiayaan kempen membanteras perkauman
D Penubuhan pasukan tentera udara

PMR 1996

  • 18 Jun 1948      – Pengisytiharan Darurat
  • 31 Ogos 1957   – Pengisytiharan Kemerdekaan
  • 31 Julai 1960     – Pengisytiharan tamat darurat
35 Berdasarkan senarai di atas, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lebih awal walaupun darurat belum tamat.

Mengapakah berlakunya keadaan yang sedemikian?

A Untuk menggalakkan penduduk tanah Melayu menyertai tentera
PMR B Untuk menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
1996 C Untuk memupuk kerjasama serantau
D Untuk melemahkan perjuangan Parti Komunis Malaya

PMR 1997

32 Apakah janji Parti Komunis Malaya (PKM) yang menarik minat rakyat Tanah Melayu menyertai pertubuhan tersebut semasa darurat?
A Menyusun semula system pemerintahan
PMR B Meningkatkan taraf ekonomi rakyat
1997 C Mewujudkan perpaduan antara kaum
D Membebaskan negara daripada cengkaman penjajah
33 Bagaimanakah Sir Gerald Templer menjalankan perang saraf semasa beliau menjadi Pengarah Gerakan menentang Komunis di Tanah Melayu?
A Memulih dan membentuk akhlak pengganas komunis yang ditangkap
PMR B Merawat dan memberi bantuan kepada penduduk setinggan di kawasan hitam
1997 C Mengadakan kempen menawan hati dan fikiran rakyat untuk menyokong kerajaan
D Menggunakan taktik dan teknik menyerang balas pengganas komunis dengan senjata moden

PMR 1998

Kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Pendaftaran Kebangsaan untuk membenteras ancaman komunis di Tanah Melayu
40 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah langkah yang diambil oleh British untuk menjayakan sistem tersebut?
A Memastikan penduduk mendaftar sebagai anggota parti yang sah
PMR B Memastikan penduduk melapor diri di balai polis berhampiran
1998 C Menubuhkan pasukan Special Constable
D Menguatkuasakan penggunaan kad pengenalan
41 Pada tahun 1955, Parti Komunis Malaya (PKM) meminta rundingan perdamaian dengan kerajaan Tanah Melayu kerana parti tersebut
A Kecewa dengan perjuangan mereka
PMR B Ingin bergiat dalam politik secara sah
1998 C Ingin menubuhkan parti berbilang kaum
D Tidak mempunyai pasukan tentera yang kuat

PMR 1999

Penggunaan senjata sahaja tidak akan mencapai kejayaan
40 Pernyataan di atas merujuk kepada tindakan Sir Gerald Templer dalam usaha menghapuskan kegiatan komunis pada tahun 1950-an.

Mengapa beliau berbuat demikian?

A Komunis mempunyai kelengkapan senjata
PMR B British kekurangan tentera
1999 C British memerlukan sokongan rakyat
D Komunis menggunakan taktik serang hendap
Rundingan Baling 1955
41 Mengapakah Chin Peng menolak tawaran pengampunan yang diberi oleh kerajaan Tanah Melayu semasa rundingan di atas dijalankan?
A Kerajaan enggan membayar ganti rugi
PMR B Kerajaan meminta PKM menyerahkan senjata
1999 C Kerajaan meragui kesetian PKM
D Kerajaan enggan mengiktiraf PKM
I Petani
II Peniaga
III Nelayan
IV Penoreh Getah
51 Yang manakah merupakan pekerjaan kumpulan Min Yuen pada zaman Darurat
PMR A I, II dan III
1999 B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

PMR 2000

Di kawasan X, Parti Komunis Malaya telah mengembangkan pengaruhnya menerusi Min Yuen
33 Berdasarkan maklumat di atas, X ialah
A Kawasan perkampungan Melayu
PMR B Kawasan pertanian di kawasan pedalaman
2000 C Bandar utama petempatan utama orang Cina
D Petempatan setinggan Cina di kawasan luar bandar

PMR 2001

Parti Komunis Malaya (PKM) bercita-cita menubuhkan Republik Komunis Malaya
36 Berdasarkan maklumat di atas, apakah langkah yang diambil oleh PKM bagi mencapai impian tersebut?
I Mempengaruhi lebih ramai ahli
PMR II Mengadakan kerjasama dengan British
2001 III Menjalinkan hubungan dengan semua kaum
IV Menandatangani perjanjian dengan parti-parti politik
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Pengampunan beramai-ramai
37 Rajah di atas ialah tindakan British untuk membanteras komunis.

X ialah

A Perang saraf
PMR B Rancangan Briggs
2001 C Pengisytiharan Darurat
D Pertubuhan Min Yuen
British akan menawarkan wang sagu hati sebanyak $350 dan bekalan beras untuk setiap orang gerila komunis yang keluar dari hutan.
38 Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesan daripada tindakan tersebut ke atas PKM?
A Pucuk pimpinan bertukar
PMR B Barisan bersatu dibentuk
2001 C Taktik pejuang berubah
D Ramai ahli menyerah diri
Tahun Peristiwa
Jun 1948 Pembunuhan tiga orang pengurus ladang British di Sungai Siput, Perak.
39 Apakah kesan langsung daripada peristiwa di atas?
A PKM diharamkan
PMR B Darurat diisytiharkan
2001 C Pasukan pertahanan dikukuhkan
D Rancangan Briggs diperkenalkan

PMR 2002

  • Bergerak pada waktu malam
  • Tinggal dipinggir hutan
  • Membekalkan makanan dan ubat-ubatan
36 Maklumat di atas merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh
A Anggota polis
PMR B Anggota Min Yuen
2002 C Anggota tentera darat
D Anggota home guard
Bulan Penduduk Tanah Melayu menentang Komunis
55 Apakah program yang dijalankan untuk menjayakan kempen di atas?
I Melancarkan mogok
PMR II Mengadakan rapat umum
2002 III Membakar patung-patung komunis
IV Memperjuangkan kerakyatan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

PMR 2003

Pada pertengahan tahun 1950-an, seramai 400,000 orang Cina telah di tempatkan di 400 buah kampung baru.
36 Berdasarkan maklumat di atas, mengapakah British mengambil tindakan tersebut?
A Membanteras kegiatan subversif
PMR B Melemahkan pergerakan komunis
2003 C Mempelbagaikan kegiatan sara diri
D Menyeragamkan petempatan orang Cina
59 Kerajaan telah menguatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 selepas peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.
I Membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja yang terlibat dengan komunis
PMR II Membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman
2003 III Memindahkan penduduk ke petempatan baru yang disyaki penduduknya membantu komunis
IV Melaksanakan rusuhan kepada kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

PMR 2004

Pergerakan komunis berjaya dikawal semasa Rancangan Briggs
35 Kejayaan di atas dicapai setelah
A Syarat kerakyatan dipinda
PMR B Tawaran hadiah disediakan
2004 C Kad pengenalan dikeluarkan
D Pertubuhan politik digalakkan
“Anggota komunis yang menyerahkan diri tidak akan dihukum. Mereka yang menunjukkan taat setia dan ikhlas kepada negara ini akan dibenarkan hidup bebas sebagai rakyat biasa….”

Berita Harian

36 Berdasarkan petikan di atas, mengapakah kerajaan mengeluarkan tawaran pengampunan beramai-ramai kepada pengganas komunis?
A Meningkatkan keselamatan negara
PMR B Mengurangkan kesengsaraan di hutan
2004 C Mengelakkan mereka kembali ke negara asal
D Menerima desakan daripada pemimpin tempatan
56 Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menamatkan darurat di Tanah Melayu pada tahun 1960?
I Mendapatkan bantuan tentera dari Negara Komanwel
PMR II Mengadakan Rundingan Baling dengan pemimpin komunis
2004 III Menawarkan jawatan pentadbir kepada bekas anggota komunis
IV Memberikan pengampunan kepada anggota komunis yang menyerah diri
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Kurikulum Semakan

PMR 2005

  • Membakar ladang getah
  • Memusnahkan landasan kereta api
43 Maklumat di atas merujuk tindakan komunis semasa darurat.

Apakah kesan tindakan tersebut?

A Melumpuhkan ekonomi
PMR B Menakutkan orang awam
2005 C Memutuskan perhubungan
D Memecahbelahkan penduduk
  • Mengharamkan parti radikal
  • Menerima bantuan tentera
  • Menubuhkan home guard
44 Mengapakah British mengambil tindakan di atas?
A Mengatasi masalah perkauman
PMR B Menghapuskan ancaman komunis
2005 C Mengawal penentangan terhadap British
D Meredakan kemarahan penduduk tempatan
45 British telah melancarkan kempen ”Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat” pada tahun 1950-an. Apakah kejayaan kempen tersebut?
A Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar
PMR B Mewujudkan sistem  penddidikan yang seragam
2005 C Memupuk kerjasama rakyat melalui parti politik
D Mengembleng tenaga rakyat untuk menentang komunis
Tahun Perkara
1948-1949 Penduduk yang tinggal di pinggir hutan selalu dikunjungi oleh ahli PKM untuk memujuk mereka menyertai Min Yuen. Mereka berada dalam ketakutan.
46 Apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah di atas?
A Membekalkan senjata
PMR B Menempatkan di kem pertahanan
2005 C Memindahkan ke petempatan baru
D Mengisytiharkan perintah berkurung

PMR 2006

43 Darurat telah diisytiharkan di Tanah Melayu pada tahun 1948.

Apakah muslihat British membuat pengisytiharan tersebut?

A Menyekat kebebasan bersuara
PMR B Mewujudkan perpaduan kaum
2006 C Melindungi kepentingan ekonomi
D Melambatkan kemerdekaan negara
44 Rajah di atas menunjukkan peranan Min Yuen kepada Parti Komunis Malaya (PKM). Apakah X?
A Melatih anggota baru
PMR B Membolehkan senjata
2006 C Mendapatkan maklumat
D Mengatur strategi perjuangan
Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih mesti didaftarkan dan diberi kad pengenalan.

.

45 Pernyataan di atas dikaitkan dengan sistem pendaftaran kebangsaan pada tahun 1950-an.

Mengapakah tindakan tersebut diambil?

A Membasmi ancaman komunis
PMR B Melicinkan proses pilihan raya
2006 C Memudahkan bancian penduduk
D Mengenal pasti golongan imigran
Sekolah Latihan Khas 101
46 Sekolah di atas telah ditubuhkan di Singapura pada pertengahan kurun ke-20.

Penubuhan sekolah ini membuktikan

A Perubahan strategi perjuangan PKM
PMR B Kelemahan pertahanan Tanah Melayu
2006 C Kerjasama antara PKM dengan British
D Pengenalan pentadbiran tentera oleh British
P Q
Menentang Parti

Komunis Malaya

Bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya
47 Rajah di atas menunjukkan perubahan pendirian British terhadap Parti Komunis Malaya (PKM) daripada P ke Q.

Apakah peristiwa yang menyebabkan perubahan tersebut?

A Kemelesetan ekonomi dunia
PMR B Persaingan antara kuasa barat
2006 C Kebangkitan semangat nasionalisme
D Penguasaan Jepun ke atas Tanah Melayu

PMR 2007

  • Membakar kilang
  • Menyerang balai polis
  • Merosakkan landasan kereta api
43 Maklumat di atas menunjukkan tindakan pengganas komunis pada tahun 1948. Mengapakah mereka bertindak demikian?
I Menamatkan Malayan Union
PMR II Melumpuhkan ekonomi Negara
2007 III Menubuhkan kerajaan republik
IV Menentang pentadbiran Jepun
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Tarikh Peristiwa
28 dan 29 Disember 1955 Pertemuan Baling
44 Jadual di atas merujuk kepada rundingan antara pihak kerajaan dengan Parti Komunis Malaya (PKM)

Apakah syarat yang dikemukakan oleh pihak kerajaan kepada Parti Komunis Malaya dalam rundingan tersebut?

A Kewarganegaraan ahli dilucutkan
PMR B Kubu pertahanan dimusnahkan
2007 C Hasil rampasan dikembalikan
D Genjatan senjata diisytiharkan
Pegawai British      : Keadaan keselamatan Negara

terancam berikutan peristiwa di

Sungai Siput.

Sir Edward Gent    : Kita akan isytiharkan darurat di

seluruh Tanah Melayu

45 Dialog di atas mungkin sekali berlaku pada tahun 1948.

Apakah peristiwa yang membawa kepada pengisytiharan darurat?

A Pergaduhan antara kaum
PMR B Pemogokan golongan pekerja
2007 C Penentangan rakyat tempatan
D Pembunuhan pengurus ladang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: