TRIAL PMR 2010 set 2

1 Pendapat berikut tentang pentafsiran satu peristiwa sejarah.

Sejarawan Barat Tokoh tempatan ialah pemberontak kerana menentang penjajahan British

Sejarawan Tempatan: Tokoh tempatan ialah pejuang yang berani kerana menentang  penjajahan British

Perbezaan pendapat terhadap pentafsiran tersebut disebabkan oleh

A mencari keuntungan

B maklumat bertentangan

C penulisan yang berbeza

D pandangan yang berlainan

2 Apakah ciri kehidupan masyarakat Zaman Prasejarah yang ditemui di kawasan ekskavasi berikut?

Sungai Tembeling, Pahang

Gua Harimau, Perak

Changkat Menteri, Perak

A Memburu binatang liar

B Menghasilkan peralatan logam

C Menjalankan kehidupan nomad

D Mengamalkan upacara perkuburan

3 Maklumat berikut merupakan kerajaan awal di Asia Tenggara.

Srivijaya

Kedah Tua

Apakah fungsi kerajaan maritim tersebut dalam urusan perdagangan?

I Menjadi orang tengah

II Mengumpul barang dagangan

III Membina sistem pengairan

IV Mengusahakan pembuatan kapal

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Senarai berikut berkaitan sumbangan orang laut terhadap kegemilangan

Melaka semasa pemerintahan Parameswara.

Mahir di laut

Mengawal perairan Melaka

Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada sikap orang laut?

A Ketabahan

B Kesyukuran

C Kebanggaan

D Kegembiraan

5 Rajah berikut merupakan usaha kerajaan Melaka menarik minat pedagang asing

untuk berdagang di pelabuhan Melaka.

Menyediakan gudang

Tindakan

Kerajaan

Menyediakan tempat tinggal

Melaka

Menyediakan bekalan makanan

Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada tindakan tersebut?

A Berilmu

B Bertoleransi

C Bermuafakat

D Bertindak bijak

6 Monolog berikut mungkin berlaku pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu

Melaka sehingga menjadi empayar yang agung.

Raja Jambi :  Tidak lama lagi beta akan menjadi raja yang sah

apabila Sultan Melaka datang menabalkan beta

sebagai raja Jambi

Monolog di atas menggambarkan telah wujud hubungan antara Melaka dengan

Jambi.

Apakah bentuk hubungan antara Melaka dengan Jambi?

A Setaraf

B Naungan

C Taklukan

D Ketuanan

7 Amalan berikut berkaitan dengan faktor yang membawa kepada kejatuhan

kerajaan Melaka.

Amalan pilih kasih

Amalan fitnah-menfitnah

Persaingan untuk mendapatkan pengaruh

Apakah iktibar  daripada amalan tersebut?

A Setia kepada negara

B Jujur membuat keputusan

C Bersatu dalam masyarakat

D Rasional memilih pemimpin

8 Apakah faktor yang membawa kemajuan perdagangan Johor pada abad ke-17?

I Kecekapan dalam pentadbiran

II Kepelbagaian barang dagangan

III Perpaduan dalam kalangan rakyat

IV Pengenalan undang-undang tempatan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

9 Maklumat berikut berkaitan seorang pembesar Johor yang sangat berpengaruh.

Pembesar X

Dianugerahkan gelaran Paduka Raja

Mengetuai angkatan perang Johor

Melantik menantunya menjadi sultan

Pembesar X ialah

A Tun Abdul Jalil

B Tun Seri Lanang

C Tun Abdul Jamil

D Tun Habib Abdul Majid

10 Pernyataan berikut menunjukkan berlakunya hubungan diplomatik antara Kedah

dengan negara jiran.

Menghantar bunga emas kepada Siam

Menjalin persahabatan dengan Burma

Apakah tujuan utama Kedah mengadakan hubungan tersebut?

A Menjamin keselamatan negeri

B Mengadakan kerjasama serantau

C Mengukuh kedudukan pemerintah

D Menggalakkan kedatangan pedagang

11 Kerajaan Terengganu mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan

Sultan Mansor Shah I.

Apakah peranan penting negeri Terengganu di Kepulauan Melayu pada zaman

tersebut?

A Pelabuhan kerajaan

B Pelabuhan entreport

C Pelabuhan pembekal

D Pelabuhan pedalaman

12 Berdasarkan pernyataan berikut, apakah tugas pembesar jajahan dan daerah?

Pembesar jajahan dan daerah dilantik oleh sultan melalui

pemberian surat tauliah.

I Mempertahankan kedaulatan negeri

II Menjaga dan memelihara keamanan

III Mengekalkan taat setia masyarakat tempatan

IV Menjadi perantara antara pembesar dengan rakyat

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

13 Maklumat berikut berkaitan dengan isi kandungan undang-undang yang

diamalkan di negeri-negeri Melayu.

Syarat memegang jawatan kerajaan

seperti sultan dan penghulu

Peraturan adat istiadat menghadap

Undang-undang X

dan melantik raja

Hukuman jenayah, undang-undang

dan pertanian

Undang-undang X ialah

A Hukum Kanun Melaka

B Undang-undang Kedah

C Undang-undang Pahang

D Undang-undang 99 Perak

14 Maklumat berikut menggambarkan persembahan tradisi orang Melayu Sarawak.

Hanya kaum lelaki sahaja yang akan menari manakala kaum

perempuan bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun.

Antara berikut yang manakah menggambarkan persembahan tradisi tersebut?

A Bersemah

B Magunatip

C Bergendang

D Mangalang

15 Pasar tamu merupakan tempat masyarakat pelbagai etnik berjual beli di Sabah.

Apakah nilai yang diperoleh jika anda berkunjung ke pasar tamu tersebut?

A Semangat muhibbah

B Semangat patriotisme

C Semangat setiakawan

D Semangat bersatu-padu

16 Apakah tujuan serangan berikut?

Pada akhir kurun ke-18, tentera Bugis yang dipimpin oleh Raja Haji

telah menyerang dan menawan Kuala Kedah serta Alor Setar.

A Menghalau tentera Siam

B Membantah penguasaan Burma

C Menentang pelantikan Raja Muda

D         Menghalang pertapakan Francis Light

17 Apakah kesan langsung apabila termeterainya perjanjian berikut?

1 Mei 1791 Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah

A Inggeris menguasai Pulau Pinang

B Inggeris mendapat Seberang Perai

C Inggeris mengiktiraf ketuanan Siam

D Inggeris menaungi kedaulatan Kedah

18 Petikan surat berikut ditulis oleh seorang pegawai Inggeris yang ditugaskan

untuk mencari pelabuhan baru kepada Gabenor SHTI.

‘Percayalah kepada saya, ini merupakan sebuah stesen di timur

yang terpenting dari segi keunggulan laut dan kepentingan

perdagangan, tiada tolok bandingnya lebih berharga dari sebuah

benua.’

Stesen yang dimaksudkan ialah

A Betawi

B Melaka

C Singapura

D Pulau Pinang

19 Apakah kepentingan negeri-negeri Melayu kepada revolusi perindustrian di

Eropah?

A Menyediakan tenaga buruh

B Menyediakan bahan mentah

C Menyediakan sumber modal

D Menyediakan kawasan kilang

20 Maklumat berikut berkaitan dasar pentadbiran British di negeri-negeri Melayu.

Sistem Residen yang diperkenalkan oleh British

di negeri-negeri Melayu telah mengecewakan

sultan dan pembesar Melayu

Mengapa sultan dan pembesar Melayu kecewa?

I Residen menguasai pentadbiran

II Residen memonopoli perlombongan

III Residen menasihati sultan dalam agama

IV Residen menghapuskan amalan perhambaan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

21 Garis masa berikut menunjukkan perubahan pentadbiran di Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu.

1909                         Majlis Mesyuarat Persekutuan

1903 Durbar Kedua

Apakah desakan Sultan Idris sehingga membawa kepada perubahan tersebut?

A Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi

B Pegawai Melayu menganggotai Majlis Mesyuarat Negeri

C Jawatan  Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha

D Negeri-negeri Melayu digabungkan menjadi sebuah persekutuan

22 Bagaimanakah tokoh dalam gambar berikut memodenkan pentadbiran Johor?

A Memperkenalkan Sistem Kangcu

B Melukiskan peta pembangunan negeri

C Menubuhkan pasukan polis dan tentera

D Mengasaskan pusat pentadbiran Tanjung Puteri

23 Penyataan berikut menerangkan keadaan yang berlaku di Sarawak pada

kurun ke-19.

‘ Tuan Brooke, saya menawarkan jawatan Gabenor Sarawak kepada tuan jika

tuan dapat menamatkan kekacauan di Sarawak’ .

Pangeran Raja Muda Hashim

Apakah punca kekacauan yang dimaksudkan

A  Penduduk menghalang James Brooke

B   Penduduk menolak penyerahan Sarawak

C   Penduduk membantah  kadar cukai yang  tinggi

D   Penduduk menentang pentadbiran wakil  Kesultanan Brunei

24     Apakah kesan perjanjian berikut?

1842 Perjanjian antara Sultan Omar Ali

Saifuddin dengan James Brooke

A   Sarawak menjadi tanah jajahan British

B   James Brooke  sebagai Raja Putih yang pertama

C   Sultan Brunei  memajak wilayah Sarawak kepada James Brooke

D    Kuching dan Miri diserahkan kepada British melalui James Brooke

25 Apakah peranan Majlis Bahagian berikut?

Pentadbiran  Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian yang

dipertanggungjawabkan kepada Majlis Bahagian.

I Memungut cukai

II   Menjaga keamanan

III  Menasihati James Brooke

IV  Menggubal undang-undang

A   I dan  II

B   I dan IV

C   II dan III

D   III dan 1V

26 Mengapakah pemimpin tersebut diserap berkhidmat dalam sistem pentadbiran

Syarikat Borneo Utara British ( SBUB)?

Ketua Anak Negeri

Ketua Kampung

I      Memberi latihan kepimpinan

II     Memahami budaya tempatan

III    Menghadapi masalah kewangan

IV   Mengalami kekurangan pegawai

A  I dan II

B   I dan III

C   II dan III

D  III dan IV

27     Apakah kesan Perjanjian Perlindungan Borneo Utara British pada tahun 1888?

A Sabah diambil alih oleh British .

B      Sabah menjadi negeri naungan British

C      Sabah menjadi pengkalan tentera British

D      Sabah dibantu  pihak British jika diserang musuh

28    Senarai berikut menunjukkan perkhidmatan pengangkutan yang terdapat di Sabah.

Jalan raya

Landasan kereta api

Perkhidmatan perkapalan

Mengapakah sistem pengangkutan tersebut diperkenalkan?

A    Memajukan kawasan luar bandar .

B    Menggalakkan perkembangan reka cipta

C    Membawa kemajuan kepada masyarakat tempatan

D   Menghubungkan  kawasan ekonomi dengan pelabuhan

29 Apakah penyakit yang mendorong kerajaan British menubuhkan institusi berikut?

Tahun 1901 British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan

di Kuala Lumpur

I     Malaria

II    Beri-beri

III   Campak

IV   Untut

A   I dan II

B   I dan IV

C   II dan lll

D   lll dan lV

30 Dialog berikut mungkin berlaku  semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.

Pak Din    :           Anak awak si Ahmad belajar di mana sekarang ?

Pak Abu   :           Ahmad  belajar di sekolah Melayu dalam darjah lima.

Apakah peluang pekerjaan bagi Ahmad setelah menamatkan pengajiannya?

A     Menjadi majistret

B     Menjadi Pegawai Daerah

C    Menjadi guru di sekolah Melayu

D    Menjadi pegawai kanan kerajaan

31 Maklumat berikut berkaitan mesyuarat yang telah diadakan di Durian Sebatang,

Perak.

Kehadiran mesyuarat

Raja Abdullah

Raja Ismail

Dato’ Maharaja Lela

Apakah keputusan mesyuarat tersebut?

A  Membunuh Residen British

B Memulihkan kuasa pentadbiran sultan

C Membina kubu pertahanan di Pasir Salak

D Mengembalikan hak kutipan cukai pembesar

32 Orang Murut dilarang oleh SBUB daripada membuka tanah baru.

Apakah kesannya ke atas masyarakat tersebut?

A  Berhijrah ke Kalimantan

B Bekerja di ladang tembakau

C Kekurangan bahan makanan

D Meninggalkan cara hidup tradisional

33 Maklumat berikut berkaitan kebangkitan semangat kebangsaan untuk mengangkat

martabat bangsa.

Pada tahun 1930-an, golongan intelektual berpendidikan

Melayu telah menyemarakkan kesedaran semangat

kebangsaan di Tanah Melayu.

Siapakah yang dimaksudkan dengan golongan intelektual berpendidikan Melayu?

A  Pemimpin Gerakan Islah

B Bekas pelajar sekolah Melayu

C Bangsawan berpendidikan Melayu

D Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris

34 Apakah tujuan Persatuan Melayu Singapura dan Persatuan Melayu Selangor

menganjurkan Kongres Melayu Se-Tanah Melayu pada tahun 1939?

A  Menyatukan persatuan-persatuan Melayu

B Mendesak British memajukan orang Melayu

C Mewujudkan perpaduan kebangsaan Melayu

D Menyeragamkan perjuangan bangsa Melayu

35 Mengapakah perjuangan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dianggap radikal?

A  Mengutamakan semangat kenegerian

B Menganjurkan kongres pakatan Melayu

C Menunjukkan kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu

D Menyuarakan penentangan terbuka terhadap British

36 Rajah berikut menunjukkan cara kemaraan tentera Jepun.

Kapal terbang

Bot                                                                                                 Kereta kebal

Cara kemaraan tentera

Jepun

Basikal

Mengapakah tentera Jepun menggunakan basikal?

A      Menjamin keselamatan

B      Merahsiakan pergerakan

C      Mempercepat perjalanan

D      Memudahkan perhubungan

37 Senarai berikut merupakan dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Mungkir janji memberikan kemerdekaan

Dasarnya mengongkong dan menyusahkan rakyat

Menyerahkan empat negeri di utara kepada Thailand

Apakah iktibar daripada pelaksanaan dasar tersebut?

A    Bekerjasama untuk mendapatkan kemerdekaan

B    Berusaha sendiri untuk mendapatkan kemerdekaan

C    Bertanggungjawab untuk mendapatkan kemerdekaan

D    Bersatu untuk mendapatkan kemerdekaan

38 Senarai berikut menunjukkan kemunculan industri baru semasa pendudukan Jepun.

Bahan api daripada susu getah

Kertas daripada buluh, daun getah dan lalang

Kelambu dan kain daripada benang daun nanas

Apakah kesimpulan daripada industri baru tersebut?

A    Keperitan hidup menjadikan rakyat kreatif

B    Negara kita kaya dengan sumber bahan mentah

C    Penduduk tempatan mempunyai daya cipta tinggi

D    Pelabur Jepun mempunyai modal yang banyak

39 Tindakan berikut dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari  di

Tanah Melayu.

Membunuh sesiapa yang diangap bersalah

Menculik dan menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan

Jepun

Menghukum penduduk yang dikatakan menganiayai orang Cina

semasa pemerintahan Jepun

Apakah kesan tindakan PKM tersebut?

A    Menyebabkan ketegangan kaum

B    Menguasai bandar dan daerah

C    Menegakkan undang-undang

D    Mengawal pergaduhan kaum

40 Pada tahun 1946, pelaksanaan Malayan Union ditentang oleh orang Melayu.

Bagaimanakah orang Melayu menentang Malayan Union?

I    Gerakan bersenjata

II    Bantuan pegawai Inggeris

III    Demostrasi secara aman

IV    Persatuan Melayu dihidupkan

A    I dan II

B    I dan IV

C    II dan III

D    III dan IV

41 Apakah sumbangan  tokoh berikut?

Halimahton Majid

Datin Putih Mariah

Cikgu Zaharah Abdullah

A    Menubuhkan UMNO

B    Menubuhkan persatuan wanita

C    Membantah penubuhan Malayan Union

D    Membantah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

42 Rajah berikut  menunjukkan ciri utama yang terdapat dalam Persekutuan Tanah

Melayu.

Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan

X

Ciri-ciri utama

Persekutuan Tanah  Melayu

1948

Gabungan 11 buah negeri kecuali

Perlindungan istimewa diberikan

Singapura

kepada orang Melayu

Apakah X?

A    Kewarganegaraan sama rata

B    Gabenor British mengetuai persekutuan

C    Raja Berpelembagaan diperkenalkan

D    Parlimen British menjadi pemutus undang-undang

43 Senarai berikut menunjukkan kegiatan komunis yang agresif.

Menyerang balai polis

Melancarkan mogok dan sabotaj

Menyerang ladang dan lombong

Merosakkan landasan kereta api

Mengapakah komunis bertindak demikian?

A    Melemahkan pentadbiran

B    Melumpuhkan ekonomi

C    Memutuskan perhubungan

D    Melambatkan pergerakan

44 Pengganas komunis telah membunuh tiga pengurus ladang berbangsa Eropah di

Sungai Siput, Perak.

Apakah tindakan serta-merta yang telah dilakukan oleh Sir Edwart Gent?

A    Memperbesar pasukan keselamatan

B    Menangkap ahli Parti Komunis Malaya

C    Mengharamkan Parti Komunis Malaya

D    Mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu

45 Gambar berikut menunjukkan Sultan Selangor memberi kata-kata semangat kepada

pasukan Home Guard semasa lawatan baginda ke sebuah kampung.

Apakah fungsi Home Guard?

A    Mengawal ladang

B    Membantu pasukan polis

C    Menjaga kampung baru

D    Menyekat kegiatan Min Yuen

46 Dialog berikut mungkin berlaku antara pegawai British di Tanah Melayu semasa

Rancangan Briggs dijalankan.

Pegawai A   :   Setiap keluarga di sini mesti memperolehi bekalan makanan yang

mencukupi.

Pegawai B   :   Bukan itu sahaja, kita mesti pastikan pihak komunis tidak mendapat

sebarang makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan.

Apakah program yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mencapai matlamat

rancangan tersebut?

I    Kampung Baru

II    Gerakan Kelaparan

III    Memenangi fikiran rakyat

IV    Kawasan hitam dan putih

A    I dan II

B    I dan IV

C    II dan III

D    III dan IV

47 Garis masa berikut menerangkan tentang cadangan Laporan Pelajaran di Tanah

Melayu.

Laporan Razak

1956

Ordinan Pelajaran

1952

Laporan Fern-Wu

1951

Laporan Barnes

1951

Mengapakah laporan  pelajaran tersebut dikeluarkan?

A    Melahirkan bahasa kebangsaan

B    Melahirkan sekolah pelbagai kaum

C    Melahirkan rakyat berbudaya ilmu

D    Melahirkan pendidikan kebangsaan

48 Pada tahun 1951, sebagai tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan

Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) telah ditubuhkan.

Apakah tujuan RIDA?

A Meningkatkan industri kraftangan

B    Meningkatkan pembangunan industri desa

C    Meningkatkan kerjasama erat pelbagai kaum

D    Meningkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu

49 Maklumat berikut merupakan faktor kemenangan sebuah parti dalam pilihan raya

Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Kebijaksanaan pemimpin

Semangat untuk mencapai kemerdekaan

Sikap tolak ansur dalam pembahagian kerusi pilihan raya

Apakah parti tersebut?

A    Parti Negara

B    Parti Perikatan

C    Parti Melayu Merdeka

D    Parti Islam Se-Malaya

50   Rajah berikut menunjukkan rombongan ke London pada tahun 1956.

Rombongan X

Wakil Raja-Raja Melayu  Wakil Parti Perikatan

Apakah  tujuan rombongan X tersebut?

A Merangka perlembagaan

B Menjalin hubungan diplomatik

C Meminta bantuan pertahanan

D Membincangkan kemerdekaan

51   Maklumat berikut merupakan tempat berlakunya perhimpunan bersejarah yang

telah diadakan pada 20 Februari 1956.

Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka

Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

A Pertemuan pemimpin UMNO

B Perjumpaan persatuan  Melayu

C Penurunan bendera Union Jack

D Pengumuman tarikh kemerdekaan

52     Keratan akhbar berikut merupakan peristiwa bersejarah pada 31 ogos 1957.

Apakah kesan daripada peristiwa  tersebut?

I Pelaburan luar diambil alih oleh kerajaan

II Pengkalan tentera Komanwel ditutup

III Pembentukan negara demokrasi berpalimen

IV Pemulangan kuasa pemerintahan tempatan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

53    Petikan berikut merupakan petikan Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu.

“  Bahawasanya  kerana  telah  tibalah  masanya  bagi

umat  Persekutuan  Tanah  Melayu  ini  mencapai  taraf

suatu  bangsa  yang  merdeka  lagi  berdaulat  sama

setimpal  kedudukannya  dengan  segala  bangsa  di

seluruh dunia”.

Apakah kepentingan pemasyhuran tersebut?

A Penamatan penjajahan

B Pemulihan kuasa mutlak raja

C Pertahanan dalam kawalan British

D Pembentukan Majlis Raja-Raja Melayu

54    Apakah cara yang digunakan Gerard T. MacBryan untuk mendapatkan

tandatangan ketua bumiputera di Sarawak?

A Ugutan

B Rundingan

C Referendum

D Tipu muslihat

55    Senarai berikut merupakan tindakan yang dibuat oleh penduduk Sarawak.

Menghantar surat bantahan dan telegram

338 orang kakitangan kerajaan meletak jawatan

Penduduk mengadakan tunjuk perasaan

Apakah rumusan yang dapat dibuat berdasarkan maklumat tersebut?

A Menentang pentadbiran tentera British

B Menentang gagasan Persekutuan Malaysia

C Menentang penyerahan Sarawak kepada British

D Menentang pembentukan jajahan Borneo British

56     Garis masa berikut merujuk kepada peristiwa yang berlaku di Sabah.

1962 Pilihan raya Majlis Undangan Negeri

Pindaan perlembagaan bagi menambah pemimpin bumiputer

1962        dalam Majlis Undangan

1952 Pilihan raya Majlis Tempatan

1950 Majlis Kerja dan Majlis Undangan ditubuhkan

Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

A Pengabungan parti politik

B Pemilihan wakil rakyat tempatan

C Pembentukan perlembagaan negeri

D Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

57    Jadual berikut menunjukkan penubuhan parti-parti politik di Sabah.

Tarikh  Parti Politik

Ogos 1961 Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)

Disember 1961 Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)

Januari 1962 Pasok Momungun

Apakah faktor yang mendorong penubuhan parti-parti tersebut?

A Pembentukan gagasan Malaysia

B Penggubalan Perlembagaan Negeri

C Penyerahan negeri kepada British

D Pengenalan Pilihan Raya Majlis Undangan

58    Dialog berikut mungkin berlaku pada awal tahun 1960-an.

Anda perlu membuat sesuatu kerana   Saya bersetuju, kita mesti menghalang

Parti Tindakan Rakyat (PETIR)  suatu keadaan yang mana Singapura akan

pimpinan saya telah mengalami  menghala ke suatu arah yang lain dan

kekalahan dalam pilihan raya kecil  Tanah Melayu ke arah yang lain.

1961.

Mengapakah perkembangan politik di Singapura telah menimbulkan

kebimbangan kepada kedua-dua pemimpin tersebut?

A Pemberontakan rakyat Singapura

B Pengaruh komunis semakin berkembang

C Parti PETIR mengalami masalah dalaman

D Perebutan jawatan Ketua Menteri Singapura

59     Apakah tujuan penubuhan Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau Askar

Wataniah?

A Menghapuskan pengganas komunis

B Mempertahankan negara daripada pencerobohan

C Melancarkan serangan gerila terhadap tentera Indonesia

D Mengawasi perairan negara daripada kemasukan anasir  luar

60    Jadual berikut menerangkan tindakan yang diambil oleh Tunku Abdul Rahman

pada tahun1960-an.

Tindakan Tunku Abdul Rahman

Tahun 1961 Mencadangkan  Singapura  bercantum  dengan

Persekutuan Tanah Melayu

Tahun 1965 Mengumumkan  Singapura  dipisahkan  daripada

Persekutuan Malaysia

Mengapakah Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan tersebut?

A Menjamin kestabilan negara

B Menyelesaikan krisis ekonomi

C Mematuhi desakan antarabangsa

D Menamatkan pertikaian sempadan



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: